Monday, June 29, 2009

Langkah-langkah pencegahan penularan virus flu.

Sila berikan pendapat kamu mengenai isu berikut.

Semakin ramai rakyat Singapura dijangkiti virus H1N1 A. Patutkah sekolah-sekolah ditutup sebagai satu langkah pencegahan penularan virus tersebut?

10 comments:

  1. Khairun Nissa Jahari 4E1

    Pada pendapat saya,sekolah-sekolah tidak patut ditutup sebagai satu langkah pencegahan penularan virus tersebut.Saya berpendapat demikian kerana jika sekolah-sekolah semua ditutup, setiap kerja yang patut diselesaikan olen cikgu-cikgu dan murid murid sekolah dan jadual waktu merekas semua akan terjejas dan ini tentu sekali akan mendatangkan banyak kekecohan.Juga bagi pelajar-pelajar yang akan menghadapi peperiksaan peringkat O tahun ini akan terjejas kerana banyak kerja tidak dapat dilakukan dan jika mereka perlukan pertolongan daripada rakan-rakan atau cikgu, mereka hanya dapat berkomunikasi melalui MSN,SMS atau email.


    Memang betul bahawa kesihatan itu penting dengan itu saya berpendapat bahawa setiap orang harus mengambil beberapa langkah seperti berkurantinkan diri sendiri di rumah mereka, juga melawat doktor untuk mendapatkan perubatan dan juga harus mengambil suhu badan mereka setiap hari.Dan yang penting sekali harus sering mencuci tanggan mereka setiap kali seseorang itu ingin makan atau selepas makan atau selepas pergi ke tandas.Dan langkah-langkah ini semua adalah tanggungungjawab mereka.

    ReplyDelete
  2. Siti Shafa'atikah Azman 4E3

    Saya berpendat bahawa sekolah-sekolah patut ditutup sebagai satu langkah bagi mencegah penularan virus tersebut. Saya berpendapat sedemekian kerana angkah kes virus flu semakin meningkat dan ia sangat merbahaya terutama sekali bagi golongan remaja yang termasuk dalam kategori pelajar. Pelajar-pelajar tidak mempunyai 'immune system' yang kuat. Ia juga merbahaya kerana dengan adanya perhimpunan di dewan sekolah, pelajar akan senang dijangkiti kerana mempunyai pergaulan sosial yang fisikal.Dengan ini, bakteria dapat menyebar dengan mudahnya. Jikalau sekolah terus beroperasi, ia akan membahayakan pelajar.

    ReplyDelete
  3. Muhammad Hafis Bin Zainodin
    4E3

    Pada pendapat saya,sekolah-sekolah tidak patut ditutup sebagai satu langkah pencegahan penularan virus flu.Secara individu,sebagai seorang murid yang akan mengambil peperiksan peringkat O tahun ini,saya rasa jika sekolah ditutup, akan menjadi sukar untuk saya belajar kerana tidak mempunyai seorang guru disamping saya.Apa gunanya kita membuat kerja rumah yang diberikan oleh guru-guru kita jika kita tidak dapat penjelasan dari guru kita dengan sempurna mengenai kerja rumah itu.Juga kebanyakkan murid tentu akan membuang masa bermain dengan komputer selain membuat kerja rumah yang diberikan.Murid-murid perlu bimbingan dari seorang guru untuk mendapat markah cemerlang untuk peperiksaan peringkat O.Contohnya pada cuti seklolah bulan lalu,ramai murid-murid tidak mengisi masa mereka dengan perkara yang mendatangkan faedah.Ada murid yang meneonton wayang,berjalan-jalan dan memebeli-belah dan sebagainya.Ia memang kite juga perlu berehat dan menghilangkan tekanan tetapi bukan gini caranya,mereka tidak fikir bahawa mereka akan mengambil peperiksaan peringkat O dalam masa dua atau 3 bulan sahaja.Jadi dengan pemikiram murid seperti ini,mereka mesti akan bermain sepanjang hari jika sekolah ditutup kerana kebanyakan murid-murid tidak mempunyai disiplin untuk meluang masa dengan baik.

    Dengan secara umum,jika sekolah ditutup guru-guru akan menjadi sibuk dan keadaan sekolah akan menjadi huru-hara kerana mereka harus memastikan bahawa murid-murid mereka dapat menerima kerja rumah dan latihan yang secukupnya.Juga waktu jadual sekolah akan terjejas lebih-lebih lagi murid murid yang akan mengambil peperiksaan peringkat O.

    Sekolah boleh mencegah virus flu ini dengan memeperketatkan lagi kawalan pergerakkan murid.Dengan ini kita boleh mencegah virus flu ini kerana kita dapat mengawal pegererakkan murid-murid untuk mengelakkan diri daripada tempat dan orang yang menghidap virus flu itu.Sebagai contoh di Sekolah Menengah Tanglin murid-murid diletakkan di kelas masing-masing dan mereka harus belajar di kelas itu dan makan di kelas itu supaya murid-murid tidak bergaul dengan murid-murid yang lain yang mungkin mempunyai virus flu ini.Juga murid-murid harus mengambil suhu badan dua kali sehari.Dengan ini kita mendapat tahu siapa yang berkemungkinan empunyai virus flu tersebut.Jadi saya berpendapat bahawa sekolah tidak harus ditutup sebagai satu langkah pencegahan virus flu ini kerana terdapat pelbagai cara untuk mencegah virus flu ini selain menutup sekolah.

    ReplyDelete
  4. Nur Syafiqah 4E3
    Pada pendapat saya, jikalau kes virus ini semakin meningkat, memang patut pihak pemerintah tutup sekolah-sekolah kerana virus ini boleh merebak dengan pantas. jikalau sekolah ditutup, virus yang merebak akan berkurangan kerana rakyat singapura tidak akan banyak berinteraksi antara satu sama lain. pamerintah akan berasa yakin bahawa kesihatan murid baik-baik sahaja. ibubapa juga tidak perlu rasa risau dengan kesihatan anak-anak mereka kerana anak-anak mereka akan berada di rumah untuk menyelesaikan kerja rumah yang diberikan olah pihak sekolah. dengan itu, pelajar harus menyelesaikan kerja rumah dan bukan hanya manghabiskan waktu dengan kerja-kerja yang tidak berfaedah.

    ReplyDelete
  5. NUR RAUDHAH OTHMAN 4E1
    Pada pendapat saya,sekolah-sekolah tidak patut ditutup sebagai satu langkah pencegahan penularan virus H1N1.Ini kerana menutup sekolah sebagai langkah pencegahan akan hanya memberikan solusi sememtara sahaja dan tidak akan mendatang apa-apa kebaikan buat para pelajar kerana penularan virus flu ini tidak dapat dijamin akan dapat dihapuskan dalam masa yang singkat.Jadi itu,solusi sementara sebegitu tidak berguna.Malah,bagi saya,ia akan lebih menfaedahkan jikalau para pelajar diajar cara-cara menjaga kebersihan diri mereka sendiri dengan baik dan diberikan pelajaran tentang virus itu dan apakah symptoms-symtoms virus itu supaya jika mereka menunujukkan tanda-tanda symptoms tersebut,mereka dapat mendapatkan rawatan sendiri dengan cepat dan elakkan daripada bergaul dengan pelajar lain.Ini akan memberikan solusi yang lebih berpanjangan kerana mereka akan dapat berlatih menjaga kebersihan diri mereka sebagai aktiviti harian mereka.

    ReplyDelete
  6. ALYSSA IBRAHIM 4E1

    Pada pendapat saya, sekolah-sekolah tidak patut ditutup sebagai langkah pencegahan virus H1N1 kerana pelajaran remaja-remaja amat penting dan tidak boleh dihentikan sebab virus ini. Walaupun kesihatan semua remaja-remaja lebih penting kepada pelajaran mereka, kami boleh menjaga kesihatan kami dengan latihan-latihan yang memastikan kita tidak akan menghidap virus ini. Kebersihan sendiri ialah tanggungjawab yang mesti dimulakan di rumah dan diteruskan di luar rumah untuk kesihatan sendiri dan orang lain. Kami patut memakan makanan yang berkhasiat dan minum banyak air. Sekolah-sekolah patut dihentikan kalau ada seseorang dalam sekolah itu yang menghidap virus ini sahaja. Kehidupan manusia mesti diteruskan.

    ReplyDelete
  7. abdul matiin

    Pada pendapat saya,sekolah-sekolah di singapore tidak patut tutup sebagai satu langkah untuk menjaga kesihatan atau keselamatan pelajar-pelajar. Pihak sekolah harus mengawasi kebersihahan sebagai satu langkah untuk mencegah penularan penyakit berjangkit seperti Influenza A. Jika sekolah tutup tentu pelajaran pelajar-pelajar akan terjejas. Pelajar juga akan datang penyakit M semasa berada di rumah seperti saya. Penyakit M adalah malas. Sekian terima kasih..........hehe

    ReplyDelete
  8. abdul matiin.

    "Apa gunanya kita membuat kerja rumah yang diberikan oleh guru-guru kita jika kita tidak dapat penjelasan dari guru kita dengan sempurna mengenai kerja rumah itu.Juga kebanyakkan murid tentu akan membuang masa bermain dengan komputer selain membuat kerja rumah yang diberikan" Saya sokong dengan kata-kata hafis itu.

    ReplyDelete
  9. Al-Azmir Bin Ibrahim
    4E2

    Saya berpendapat bahawa sekolah-sekolah patut ditutup sebagai satu langkah pencegahan penularan virus tersebut. Ini kerana, dalam keadaan seperti di sekolah, virus H1N1 dapat merebak dengan cepat antara satu murid dan murid-murid yang lain. Walaupun sekolah telah memberi pertolongan untuk cuba berhentikan flu ini daripada merebak, mesej-mesej ini mungkin tidak dapat diikuti murid-murid masa kini. Apabila mereka tidak mematuhi peraturan yang serius ini, ini boleh menyebabkan penyakit ini merebak dengan senang dan cepat.

    Dengan mengadakan penutupan sekolah, dapatlah virus ini tidak merebak di antara murid-murid di sekolah dan ini boleh menurunkan jumlah yang dijangkiti.Juga, ibu dan bapa boleh senang hati jikalau anak-anak mereka berada di rumah kerana mereka dapat tahu bahawa anak-anak mereka sedang dalam keadaan selamat.

    ReplyDelete
  10. Muhd Firdhouse

    Memang tidak boleh kita nafikan lagi bahawa virus H1N1 ini amat berbahay dan ia akan menjejas kesihatan kita.Ia akan menjejas ramai orang reutama sekali pemudi-pemuda.Kajian sudah membuktikan dan menunjukkan bahawa kebanyakan yang menghidap virus ini adalah remaja-remaja.Ini mungkin disebabkan kita sebagai remaja tidak mengambil berat sangat tentang kebersihan dan terdedah kepada tempat yang tidak begitu bersih.Kita juga mungkin lupa untuk membersihkan diri kita.

    Pendapat saya,pihak government tidak perlu menutup sekolah-sekolah di Singapura kerana ia akan menjejaskan pelajran kami.terutama sekali pada pelajar yang bakal menduduki peperiksan peringkat O.Namun begitu,setiap sekolah di Singapura sedang berusaha untuk menghapuskan kes virus ini dengan mengajar pelajar-pelajar cara-cara untuk membersihkan diri mereka dengan menggunakan sabun yang disediakan.Jika sekolah ditutup,pelajar tidak dapat belajar dan mengulang kaji dengan betul tanpa bimbingan guru.Pelajar juga akan mula rasa tekanan stress kerana bimbang tentang bagaimana mereka hendak mengatasi masalah kerja rumah yang diberikan tanpa guru di samping mereka.Pelajar juga tidak dapat menanyakan soalan yang mereka ingin.Pekara sebegini akan menjejaskan emosi pelajar juga kerana mereka tidak akan ada keyakinan diri untuk menduduki pepriksaan dan dengn itulah,sekolah tidak patut ditutup sebagai satu langkah pencegahan penularan virus tersebut.


    Sekian terima kasih..

    peace..:D

    ReplyDelete