Friday, July 10, 2009

Topik 4: Mentor saya...

Siapakah mentor kamu?
Mengapa kamu pilih orang itu menjadi mentor kamu?
Apakah ciri-ciri yang dapat kamu contohi daripada dia?
Perlukah seorang remaja punya mentor untuk dijadikan teladan dalam hidupnya?

:)

Friday, July 3, 2009

Topik 3 : Bekerja sambil belajar

Sila berikan pendapat kamu berdasarkan soalan-soalan berikut.

Pernahkah kamu bekerja sambilan atau mengenali seseorang yang bekerja sambilan?
Mengapakah pelaajr-pelajar bekerja sambilan?
Berikan pendapat kamu mengenai kebaikan dan keburukan pelajar bekerja sambilan.

Teruskan mencoret buah fikiran...

Cikgu amat hargai pendapat semua pelajar yang telah pos komen-komen mereka. Teruskan perbincangan setiap topik yang diberikan. Cikgu juga harap pendapat yang diberi akan menjadi lebih matang dan berisi.

Kamu boleh juga memberi pendapat kamu mengenai isu atau isi-isi yang diketengahkan rakan-rakan yang lain.

Selamat bercuti dan berehatlah secukupnya....

:) Cikgu Irma

Thursday, July 2, 2009

Topik 2 : Kebosanan

Sila berikan pendapat kamu bagi menjawab soalan-soalan di bawah ini.

Bilakah kamu berasa bosan?
Apakah yang kamu lakukan apabila kamu berasa bosan?
Bagaimanakah caranya untuk mengelakkan diri daripada berasa bosan?
Berikan pendapat kamu mengenai remaja-remaja yang tidak meluangkan masa melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.

Monday, June 29, 2009

Langkah-langkah pencegahan penularan virus flu.

Sila berikan pendapat kamu mengenai isu berikut.

Semakin ramai rakyat Singapura dijangkiti virus H1N1 A. Patutkah sekolah-sekolah ditutup sebagai satu langkah pencegahan penularan virus tersebut?

Wednesday, August 27, 2008

Renungan sangat dihargai.....

Cikgu ingin memberi ulasan mengenai pendapat Nissa.
Cikgu faham dan akui bahawa kita sudah tidak lagi menggunakan buku teks sebagai bahan pembelajaran. Cikgu mohon maaf kerana projek ini memerlukan cikgu mengajar dengan menggunakan kaedah pengajaran yang lain daripada pengajaran melalui buku teks. Cikgu akan menggunakan buku teks semula setelah selesai projek ini. Harap sabar. Cikgu juga berharap para pelajar akan lebih berdikari dan ulangkaji pelajaran-pelajaran yang lepas dan juga membuat latihan-latihan dalam buku latihan peperiksaan ('buku biru'). Sekiranya terdapat pertanyaan, sila bertanya cikgu selepas waktu sekolah atau melalui bolg ini.

Cikgu Irma

Sunday, August 17, 2008

RENUNGAN DAN PENDAPAT

Para pelajar sekalian,

Semua pelajar dikehendaki menulis renungan mengenai pelajaran drama yang telah kamu lalui selama beberapa minggu ini. Sila terangkan perkara yang kamu pelajari dan pendapat kamu mengenai pelajaran tersebut.
Cikgu menanti renungan dan pendapat semua!