Thursday, July 2, 2009

Topik 2 : Kebosanan

Sila berikan pendapat kamu bagi menjawab soalan-soalan di bawah ini.

Bilakah kamu berasa bosan?
Apakah yang kamu lakukan apabila kamu berasa bosan?
Bagaimanakah caranya untuk mengelakkan diri daripada berasa bosan?
Berikan pendapat kamu mengenai remaja-remaja yang tidak meluangkan masa melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.

21 comments:

  1. Muhammad Syairazi Bin Sulaiman .

    Pada pendapat saya , saya akan berasa bosan apabila berada di rumah dan tidak melakukan apa-apa . Apabila saya bosan , saya akan tidur , atau bermain guitar . Itulah yang sering saya lakukan . Kita boleh mengelakkan diri daripada berasa bosan dengan bermain alat muzik , bersenam di taman berdekatan atau mengemas rumah . Saya rasa remaja-remaja yang tidak meluangkan masa melakukan aktviti-aktiviti yang berfaedah , hanya membuang masa mereka dengan melepak di kolong blok . Seharusnya , mereka membuat aktiviti yang memberikan faedah kepada diri mereka sendiri .Sekian , Wassalam . (;

    ReplyDelete
  2. Khairunisa

    Pada pendapat saya, saya akan berasa bosan apabila tiada sesiapa di rumah dan hanya saya seorang di rumah. Seperti diri saya kesunyian. Apa yang saya akan lakukan ialah, saya akan megemas rumah, menonton tv, membaca buku dan sebagainya. Saya mengelakkan diri daripada bosan dengan keluar rumah, berdiri di tangga pintu dan melihat persekitaran saya. Seperti melihat budak-budak lelaki bermain bola dan sebagainya. Saya berpendapat, bahawa ramai remaja sekarang suka membuang masa yang seperti dikatakan oleh Syairazi. Mereka boleh melakukan yang berfaedah seperti, mengemas rumah, menolong ibu dan bapa dan aktivi yang berfaedah. Lebaih afdal katakan.
    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Saya adalah manusia yang paling tidak suka menunggu, jadi saya selalu merasa kebosanan pada waktu saya harus menunggu, baik untuk menunggu seseorang atau menunggu suatu acara dimulai. Saya tidak suka menunggu dan merasa itu adalah hal yang membosankan kerana pada waktu menunggu saya biasanya tidak melakukan apa-apa, kerana saya mencuba untuk memfokuskan perhatian saya terhadap apa yang akan saya temui atau akan datang atau sesiapapun ynag akan saya jumpai, agar orang-orang merasa dihargai.

    Ketika saya merasa bosan, saya akan jalan mondar-mandir. Ini kerana dengan berjalan mondar-mandir, saya tidak akan menumpukan perhatian saya terhadap kebosanan saya. Lagipun, saya ialah seorang yang suka beraktivitas dan tidak boleh duduk diam. Jadi dengan melakukan hal-hal yang sederhana juga boleh membuat saya merasa kurang bosan.

    Menurut saya, para pelajar tidak meluangkan masa untuk melakukan aktiviti yang berfaedah kerana pelbagai alasan. Pertama, perasaan tertekan dan sumpek kerana waktu pelajaran di sekolah yang sudah amat padat. Ini tidak akan membuat para pelajar merasa bergairah ingin beraktiviti di luar rumah lagi. Kedua, bagi orang-orang yang senang berjimat atau adapun yang pelit, mereka merasa jikalau ingin beraktiviti, biasanya membutuhkan biaya. Biaya transportasi, misalnya. Mereka cenderung merasa "sayang" untuk menggunakan uang tersebut untuk melakukan aktivitilain. Ketiga, aktiviti-aktiviti yang kita rasa berfaedah, belum tentu bagi mereka itu adalah suatu yang bermanfaat. Seperti berolahraga. Tidak semua orang menyukai olahraga walaupun itu boleh menyihatkan badan kita. Ada orang yang dilahirkan tidak mempunyai stamina untuk berolahraga.

    Jadi, semua itu tergantung kepada diri kita sendiri, mengapa kita tidak meluangkan masa untuk aktiviti-aktiviti yang kita anggap bermanfaat.

    Sekian dan trims.

    ReplyDelete
  4. Nur Syafiqah 4E3

    saya akan berasa bosan jikalau saya bersendirian di sesuatu tempat yang tidak mempunyai teknologi. seperti di perpustakaan. kadangkala, saya suka belajar sendiri di perpustakaan tanpa ditemani dengan rakan. kadangkala, saya akan berasa bosan tetapi saya akan membaca buku di perpustakaan tersebut untuk menghilangkan kebosanan saya. dengan cara ini, saya akan mengelakkan diri daripada kebosanan kerana saya suka membaca buku novel yang terdapat di perpustakaan.

    pada pendapat saya, remaja-remaja zaman sekarang suka melapangkan masa dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah seperti bermain komputer, menonton televisyen ataupun hanya sekadar berbual-bual kosong dengan rakan-rakan.
    remaja zaman sekarang suka meluangkan masa dengan rakan-rakan daripada dengan keluarga. perkara ini berlaku kerana ada segolongan remaja yang memikirkan bahawa mereka inginkan kebebasan untuk melakukan apa yang diinginkan. walaupun begitu, ibubapa juga harus melibatkan anak-anak mereka dalam aktiviti sekeluarga supaya anak mereka tidak berasa bosan dengan belajar. bukan sahaja perkara ini boleh mengeratkan hubungan antara sekeluarga, tetapi mereka juga boleh mengenal satu sama lain dengan lebih mendalam. pihak sekolah juga boleh memberi aktiviti ko-kurikular untuk mengisi masa-masa pelajar supaya mereka tidak berasa bosan. ini adalah salah satu cara yang boleh mengisikan masa remaja supaya mereka tidak berasa bosan dan tidak melakukan aktiviti yang tidak berfaedah.

    ReplyDelete
  5. Sarah Shariff, 4E4

    Saya akan merasa bosan jika saya tidak ada apa-apa yang hendak dilakukan. Biasanya, saya akan menghilangkan rasa bosan dengan mendengar muzik, keluar ke tempat-tempat di Singapura yang unik untuk mengambil gambar, melukis atau bermain dengan anak-anak saudara saya.

    Untuk menggelakkan kebosanan, saya rasa kami harus cuba sentiasa memenuhi masa untuk melakukan sesuatu yang positif. Masalah remaja sekarang, mereka terlalu banyak membuang masa dengan berkumpul di pusat membeli-belah atau di kolong blok untuk berbual-bual kosong. Kerana itu, mereka tidak ada masa untuk melakukan perkara-perkara yang lebih berfaedah.

    :D

    ReplyDelete
  6. Suzanna Binte Zuikiflee 4N1

    Saya akan berasa bosan semasa tidak berbuat apa2 atau tidak keluar.Saya akan mendengar lagu lagu,menonton tv,ulang kaji ataupun membaca buku jikalau saya berasa bosan.

    Untuk mengelakkan daripada berasa bosan,saya melakukan suatu aktiviti yang menenagkan fikiran saya dan juga aktiviti yang saya suka melakukan seperti menonton tv.
    Bersenam juga adalah salah satu sktiviti yang kita boleh lakukan untuk mengelakkan daripada berasa bosan.

    Pendapat saya tentang cara remaja zaman sekarang menggunakan masa mereka jika mempunyai masa lapangan ialah saya tidak berapa setuju dengan cara mereka.
    mereka sentiasa melepak di kolong blok ataupun di tempat berdaerah pusat membeli-belah.
    Mereka harus membuat sesuatu yangberfaedah seperti menolong ibu bapa di rumah seperti Khairunisa dan Syairazi katakan.

    Sekian terima kasih. =)

    ReplyDelete
  7. KHAIRUN NISSA JAHARI 4E1

    Saya akan berasa bosan jikalau saya tidak mempunyai apa-apa yang harus dibuat lagi-lagi pada cuti sekolah kerana saya seorang yang aktif dan perlu membuat sesuatu perkara.Dengan itu, saya selalu akan mencari sesuatu untuk dibuat supaya saya tidak akan mengalami kebosanan.Sebagai contoh,pada bulan Jun yang baharu lalu, jadual waktu saya agak sempit tetapi saya suka jadual waktu saya kerana ini bermakna saya tidak akan selalu berasa bosan kerana apabila saya berasa bosan, saya akan mula berasa marah dah binggit. Pada minggu pertama, saya harus ke sekolah untuk menghadiri kelas tambahan yang diadakan untuk pelajar-pelajar menengah 4.Maklumlah, kami semua akan menghadapi peperiksaan peringkat "0" pada tahun ini.Pada minggu seterusnya saya telah ke Sentosa untuk meluangkan masa bersama ibu saya kerana semenjak sibuk dengan persiapan peperiksaan peringakt 'o', saya tidak sering keluar bersama ibu saya. Juga, pada bulan Jun, saya dan keluarga saya telah ke Desaru,Malaysia.Juga,saya telah hadiri sebuah kemp di sekolah.Dan masa-masa yang lain adalah untuk menyelesaikan kerja sekolah saya.
    Inilah jadual waktu saya pada bulan jun yang telah berlalu dan inilah cara saya mengelakkann berasa bosan.Kalau saya berada di rumah, saya tidak selalu berasa bosan kerana saya seorang yang suka menonton televisyen seperti sitcoms dan drama,membaca buku dan melungsuri lelaman web.Juga, saya mempunyai 4 adik-beradik dengan itu keadaan di rumah agak riuh-rendah lagi-lagi kalau mereka telah pulang dari kerja.Lantas,kebosanan itu agak senang bagi saya untuk dielakkan.

    Jikalau saya berada dalam situasi di mana saya berasa bosan,saya kadang-kala cuba mencari inspirasi.Makna saya, mencari ayat-ayat di lelaman web yang dapat memberikan saya motivasi untuk membuat sesuatu.Kadang-kala, saya mempunyai inspirasi untuk membuat kek dengan itu saya akan cepat-cepat pergi ke kedai untuk membeli bahan-bahan membuat kek.

    Pada pendapat saya, remaja-remaja yang tidak meluangkan masa melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah seperti remaja-remaja yang berlepak di kolong blok tidak menyumbang kepada masyarakat .Contohnya,para remaja pada zaman sekarang suka mengambil kesempatan akan aktiviti-aktiviti yang telah disiapkan oleh pihak sekolah seperti ko-kurikulum di mana kadang-kala sesetengah pelajar tidak akan hadir kerana mempunyai sikap malas.
    Dengan itu, saya rasa kita boleh mendidik mereka tentang kepentingan meluangkan masa dengan membuat aktiviti yang berfaedah atau biarkan mereka begitu dan berikan mereka suatu pengajaran hingga mereka sedar meluangkan masa mereka aktivit-aktiviti yang berfaedah adalah penting.

    ReplyDelete
  8. Nur Adilah

    Pada pendapat saya,saya akan merasa bosan apabila tidak melakukan apa-apa aktiviti atau duduk di rumah berseorangan. Apabila saya bosan,saya akan mendengar music,tidur atau bersembang dengan kawan. Saya mengelakkan diri daripada bosan dengan menonton televisyen, membuat kerja sekolah atau kerja rumah dan makan makanan kegemaran saya.

    Remaja sekarang boleh melakukan aktiviti yang berfaedah dengan mengulangkaji pelajaran atau membuat kerja-kerja kebajikan daripada membuang masa melakukan aktiviti yang tidak berfaedah seperti bermain dengan komputer dan bersembang hingga larut malam.:)

    ReplyDelete
  9. Shafeeq Hafiz 4E4

    Saya akan berasa bosan jika saya berseorangan di rumah dan tiada apa-apa yang boleh saya buat kerana saya sebagai remaja, sangat aktif dan tidak boleh berduduk diam. Apabila saya berasa bosan, saya akan cuba menghilangkan rasa bosan itu dengan mendengar muzik, memain gitar saya ataupun bersembang dengan rakan-rakan saya.

    Menonton telivisyen ataupun mengulang-kaji pelajaran kita adalah contoh-contoh bagaimana kita boleh mengelakkan diri daripada perasaan bosan. Pentingnya ialah kita harus selalu membuat sesuatu untuk mengelakkan perasaan ini.

    Pada pendapat saya, remaja-remaja kini yang tidak meluangkan masa melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah seperti melepak di kolongan blok dan berbual kosong semua tidak menyumbang kepada masyarakat melayu kita. Masa yang digunakan untuk membuat aktiviti-aktiviti tidak berfaedah itu boleh digunakan untuk belajar atau berehat dan inilah antara aktiviti-aktivi yang berhasil dan berguna. Dengan itu, saya rasa mereka harus dididik supaya mereka tidak membuang masa dan natijahnya, mereka akan dapat membuat aktiviti-aktiviti yang bermanfaat dan positif. Sekian, Terima Kasih :)

    ReplyDelete
  10. Muhd Firdhouse 4e4

    Bagi diri saya,saya akan berasa bosan jika saya tidak ada apa-apa untuk membuat dan melakukan sesuatu yang saya tidak gemari.Lalu,saya akan mencari sesuatu untuk membuat atau pergi ke padang yang behampiran denga estet saya untuk bermain bola bersama tetangga.

    Oleh kerana itulah saya selalu adakan akitiviti-aktiviti yang sihat seperti pergi bermain bola atau keluar bersama kawan untuk menghilankan kebosanan dan juga tekanan stres yang saya ada.

    Pada pendapat saya, remaja-remaja sekarang banyak terdedah dengan keiatan yang tidak sihat dan tak berfaedah kerana mereka mungkin terlah tepengaruh dengan pengaruhan yang tidak baik.Masa yang mereka menghabiskan percuma begitu boleh ditukarkan dengan mengulangkaji pelajaran ataupun membantu ibubapa mengemas rumah.Sekaligus kita juga mendapat pahala.

    Sekian terima kasih..

    ReplyDelete
  11. NUR RAUDHAH OTHMAN 4E1
    Bagi saya,saya berasa bosan apabila saya tidak mempunyai apa-apa aktiviti yang harus saya lakukan ataupun apabila saya tinggal berseorangan di rumah.Apabila saya berasa bosan,saya akan menonton wayang yang sedang ditayangkan di televisyen ataupun saya akan melakukan kerja sekolah saya yang belum diselesaikan dan akan mengulangi sedikit pelajaran saya.
    Cara-cara untuk mengelakkan diri kita daripada menjadi bosan adalah kita boleh membuat satu jadual aktiviti seharian kita yang kita boleh mengikuti supaya kita selalu akan sibuk dengan melakukan sesuatu dan juga akan tahu apa yang harus kita lakukan apabila kita ada masa lapang.
    Pada pendapat saya pada remaja-renaja yang tidak maluangkan masa untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah adalah remaja-remaja tersebut sedang membuang masa yang sangat berharga.Bagi saya,remaja-remaja begitu patut ditegur dan diajar oleh pihak dewasa untuk meningkatkan lagi tahap disiplin diri mereka untuk pandai membahagikan masa mereka dengan aktiviti-aktiviti yang bermakna seperti belajar dan perkara seperti masa beriadah.

    ReplyDelete
  12. Siti Shafa'atikah Binte Azman 4E3

    Bagi saya, saya berasa bosan apabila saya tidak mempunyai duit dalam dompet saya. Saya berasa demikian kerana apabila saya tidak mempunyai duit, saya akan terperap di rumah. Ahli-ahli keluarga saya pula sibuk bekerja dan kadang-kala, tiada sesiapa di rumah yang boleh melayan karena saya ini. Memang ramai yang berkata bahawa wang tidak dapat membeli kebahagian, tetapi tanpa wang, saya tidak dapat melakukan aktiviti di luar seperti bermain basikal di East Coast Park bersama teman-teman ataupun saudara-mara dan juga aktiviti-aktiviti seperti pergi membeli-belah, menonton wayang di pawagam, makan-makan di buffet dan juga bersuka ria di Escape Theme Park dan sebagainya.

    Jikalau saya berasa begitu bosan, saya akan menghubungi rakan-rakan saya dan mengajak mereka keluar untuk bersembang di 'Starbucks' ataupun 'Coffee Bean' untuk menyelesaikan kerja sekolah dan belajar sambil menenangkan fikiran. Saya memilih tempat-tempat tersebut kerana ia mempunyai suasana yang sungguh tenang. Muzik-muzik yang dimainkan juga membuat seseorang itu lupa dengan masalah-masalahnya.

    Salah satu cara yang boleh mengelakkan diri seseorang itu daripada berasa bosan ialah dia boleh mengisi masanya dengan aktiviti-aktiviti di luar seperti berenang, menunggang basikal, berkhemah dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti ini boleh dilakukan bersama teman-teman dan juga keluarga mereka. Dengan ini, seseorang itu tidak akan berasa bosan kerana masa mereka sudah diisikan dengan aktiviti-aktiviti dan mereka berada dengan orang yang disayangi juga. Ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan antara satu sama lain. Aktiviti-aktiviti sebigi dapat memberikan kesan yang positif.

    Saya berpendapat bahawa remaja-remaja yang tidak meluangkan masa melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah hanya membuang masa mereka sahaja. Mereka tidak sedar bahawa aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah itu tidak akan membawa mereka ke mana. Ada sesetengah golongan yang asyik mengeluarkan perkataan 'bosan, bosan dan bosan'. Tentulah mereka akan berasa bosan keran aktiviti yang dilakukan mereka itu tidak berfaedah dan ia tidak akan membawa untung untuk mereka. Jikalau mereka membuat aktiviti-aktiviti yang berfaedah, tentu sekali mereka akan menikmati masa-masa itu dan dapat mengisi masa mereka dengan perkara-perkara yang akan menmanfaatkan diri mereka.

    ReplyDelete
  13. Saya berasa bosan jika keadaan di sekeliling saya sungguh senyap dan tiada alat-alat istimewa untuk saya mengguna. Contohnya, buku, alat-alat melukis ataupun teknologi-teknologi seperti komputer ataupun telefon bimbit. Adanya alat-alat tersebut, saya boleh membuat pelbagai aktiviti-aktiviti yang dapat mengelakkan rasa kebosanan. Saya akan melukis, membaca buku, mendengar lagu ataupun melungsuri lelaman web.

    Untuk mengelakkan diri daripada berasa bosan, saya rasa cara terbaik adalah untuk melakukan kerja yang setiap individu minat supaya mereka tidak mudah berasa bosan. Saya percaya bahawa cara ini sungguh mudah.

    Bagi mereka yang tidak meluangkan masa melakukan aktiviti yang berfaedah, saya rasa itu adalah perkara yang biasa namun mungkin ada sebab disebalik itu. Semua orang mempunyai hak masing-masing untuk melakukan sesuatu yang mereka suka jadi apa salahnya jika mereka membuat sesuatu yang tidak berfaedah contohnya seperti menari ataupun menyanyi hanya untuk mengelakkan rasa bosan?

    Sekian terima kasih.

    -Reena

    ReplyDelete
  14. Eriza Maizura 4E4

    Sebagai remaja yang cergas, saya berasa bosan jika tiada apa-apa ativiti yang boleh dilakukan dan bila saya seorang diri. Saya akan meluangkan masa ini dengan bermain alat-alat musik yang berada di rumah atau meluangkan masa bersama teman-teman saya.

    Aktiviti-aktiviti sebagai menonton televisyen atau meluangkan masa bersama teman-teman boleh menghilangkan rase bosan dan menggantikan rasa kebosanan ini dengan rasa keseronokkan dan kebahagiaan kepada seseorang itu.

    Pada pendapat saya, ada faktor-faktor yang baik dan buruk terhadap remaja-remaja tidak meluangkan masa melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Aktiviti yang buruk seperti bergembira bersama teman-teman tidak berfaedahkan remaja-remaja dari segi akademic tetapi di segi hidup mereka. Aktiviti ini akan menolong remaja memahami tentang perkara yang tiada di buku teks sekolah dan hanya boleh dipelajari oleh pengalaman sendiri.

    Sekian terima kasih.

    ReplyDelete
  15. Muhammad Hafis BIn Zainodin

    Bagi saya,saya akan berasa bosan apabila jika saya tidak melakukan sesuatu kerja.Contohnya pada musim cuti sekolah selepas selesai membuat kerja rumah yang diberikan oleh cikgu saya akan berasa bosan kerana tidak ada kerja yang boleh saya lakukan ,bagi saya tangan dan kaki saya harus bergerak,sikap saya seperti monyet kena belacan,saya tidak boleh duduk diam.Untuk mengelak diri dari kebosanan saya akan menolong ibu saya mengemas rumah atau memasak.Saya akan mengambil sayur-sayuran atau daging dan sebagainya untuk makan.Tidak kira macam mane saya masak dan perisa apa saya gunakan,apa saya lakukan mengikut cita rasa saya.Contohnya saya membuat resipi masakan saya sendiri,seperti `spicy hotdog ommelete'.

    Juga saya akan berasa bosan jika berada dalam jemputan perkahwinan.Saya amat bosan kerana disitu apa saya lakukan ialah makan dan melihat-lihat orang.Lagipula saya tidak punya teman atau seseorang untuk bercakap.Jadi saya akan bermula cakap dengan diri saya sendiri.Saya tahu ini pekerjaan bodoh ,tetapi saya juga dapat menghafal apa-apa dengan bercakap seorang diri seperti contoh saya akan bertanya diri saya apa bagaimana hendak menyelesaikan kerja rumah saya dan apa saya akan lakukan selepas dan sebagai.Bagi saya ini tidak membuang masa dan amat seronok kerana dari kecil saya suka bercakap sendirian dengan patung mainan saya.

    Saya harap cikgu tidak anggap saya ini gila.

    Sekian terimakasih!!

    ReplyDelete
  16. Muhd Hafis B Zainodin 4E3

    Saya minta maaf kerana saya lambat menghantar komen ini.Juga saya akn berasa bosan jika terlalu banyak pekerjaan saya mesti selesai pada masa yang singkat.Apabila ini berlaku saya akan mengusik ibu saya apabila dia sedanf memasak seperti memotong daging lembu mentah yang die ingin masak sembarangan dengan menggunakan kapak....dan mencocok dengan garpu.....Saya juga akan memekik seperti orang yang tidak mempunyai akal sehinggala dimarah ibusaya.Tapi perkara yang saya suka lakukan pada ibu saya ialah membuat dia terperanjat seperti menggeletek di hujung kakinya,dia akan terperanjat dan memarah saya dan ketawa.Dia juga akan megusik saya dengan mengambil lipas hidup jika ada,dan mengejar saya,apalagi,saya pun lari terpekik-terpekau dam kunci pintu bilik saya.Bergitula saya meluangkan masa bosan say dengan ibu saya yang tersayang.

    ReplyDelete
  17. Nur-Farsihah 4e4

    Sebagai seorang remaja yang gemar bercakap,saya tentu sekali berasa bosan jika saya berseorang diri. Bagi saya, dunia ini gelap jika saya tidak dapat berkomunikasi atau berbual- bual dengan orang lain. Saya setuju bahawa terdapat masa- masa yang tertentu yang saya terpaksa berdiam diri seperti jika saya sedang menduduki ujian ataupun sedang membuat kerja di dalam kelas dengan senyap. Oleh itu, saya tidak akan berasa bosan kerana terdapat sesuatu kerja yang harus dilakukan. Jadi, untuk mengelakkan daripada berasa bosan, saya akan dan harus membuat sesuatu kerja lain. Jika saya berasa bosan, saya akan selalunya mencari kerja untuk dibuat seperti bermain konputer, menonton televisyen dan mencari makanan-makanan ringgan untuk dimakan. Inilah perkara- perkara yang tidak membuat saya berasa bosan dan jika perkara tersebut dilakukan, saya tidak mempunyai masalah kebosanan walaupun saya seorang diri.Tetapi,dengan mendengar lagu, itulah satu cara yang paling efektif bagi saya untuk menghilangkan rasa kebosanan.

    Pada pendapat saya, kebanyakan remaja-remaja sekarang yang tidak meluangkan masa melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Sebagai seorang remaja, saya setuju kerana remaja-remaja sekarang lebih mementingkan kecantikkan,kepopularaan dan ingin dianggap sebagai seseorang yang 'cool' dan merekalah yang akan selalu dihormati. Inilah perkara-perkara yang membuat remaja sekarang terpengaruh dengan kehendak orand lain dan bermula untuk melakukan perkara yang sama seperti meluangkan masa dengan berfoya- foya di kolong blok, menghisap rokok, melibatkan diri dalam kumpulan samseng dan juga membuli remaja yang lemah agar mereka juga akan dihormati sperti apa yang mereka mahu.Pada pendapat saya, remaja-remaja yang mempunyai permikiran seperti itu akan hanya membuang masa mereka kerana banyak pelajaran boleh dilakukan untuk menyediakan diri mereka untuk masa depan mereka sendiri dan juga kehidupan yang cerah.

    ReplyDelete
  18. Al-Azmir Bin Ibrahim
    4E2

    Saya akan berasa bosan jikalau berseorangan di rumah atau apabila saya tidak mempunyai sesuatu aktiviti untuk lakukan.Saya juga akan berasa bosan apabila rakan-rakan saya tidak mempunyai tujuan untuk ke mana-mana dan kami selalunya bersantai dan tidak melakukan apa-apa sahaja.

    Apabila saya berasa bosan, saya akan cuba mencari sesuatu aktiviti yang boleh memakan masa yang lama seperti menonton wayang di rumah atau cuba menyelesaikan kerja rumah. Selalunya, apabila saya bosan, saya akan mencari makanan ringan dan menontoni televisyen sehinggaalah makanan sudah habis.

    Untuk mengelakkan diri dari kebosanan, kami haruslah sentiasa melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah sepanjang masa. Dengan itu, kami tidak akan berasa begitu bosan dan pada akhir hari itu, kami akan berasa bangga kerana telah membuat perkara yang berfaedah untuk keluarga dan lain-lain lagi.

    Pada pendapat saya, remaja-remaja yang tidak meluangkan masa membuat kerja yang berfaedah akan ketingallan. Mereka tidak akan tahu betapa baik untuk melakukan perkara yang berfaedah. Inin juga dapat menjejas pelajaran remaja-remaja ini kerana mereka akan sentiasa berseronok bersama rakan-rakan mereka dan akan lupakan segala yang diajar.

    ReplyDelete
  19. ALYSSA IBRAHIM 4E1

    Saya berasa bosan apabila saya tidak melakukan sesuatu atau melakukan sesuatu yang mengantukkan diri saya untuk masa yang lama. Saya seseorang yang tidak suka menunggu untuk masa yang lama dan selalu melakukan sesuatu untuk menawar kebosanan saya dan menggunakan masa saya.

    Kalau saya tiada aktiviti-aktiviti untuk melakukan seperti membaca, menonton televisyen atau bermain komputer, untuk menyeronokkan diri saya, saya akan berfikir tentang apa-apa sahaja. Saya akan berfikir tentang tugasan yang saya mesti melakukan pada hari itu, keadaan orang lain, masa depan saya, peristiwa yang berlaku dahulu, atau pertanyaan tentang dunia ini yang belum dapat dijawabkan.

    Dengan membahagikan masa saya dengan baik, bersedia sebelum melakukan sesuatu dan berfokus dalam semua kelakuan saya, saya akan menghabiskan tugas itu dengan cepat supaya saya boleh melakukan aktiviti-aktiviti lain yang seronok. Saya juga boleh berehat sekali-sekala atau melakukan sesuatu yang seronok tetapi boleh dilakukan semasa aktiviti saya dan tidak mengambil banyak perhatian saya dari aktiviti itu seperti mendengar radio sambil menghabiskan kerja sekolah saya.

    Pada pendapat saya, semua aktiviti-aktiviti berfaedah tetapi pelajar-pelajar mesti tahu bila masa untuk berkerja keras dan bila masa untuk berehatkan diri. Keperluan aktiviti-aktiviti seperti bermain komputer sama dengan keperluan kerja kami. Kami mesti tahu apa yang penting dan mesti dilakukan pertama. Aktiviti yang seronok boleh dibuat pada akhiran seperti anugerah untuk kerjaan kami dan penting untuk kesihata kami.

    ReplyDelete
  20. Saya akan berasa bosan apabila berada di rumah dengan tidak membuat apa-apa. Apabila saya bersa bosan, saya akan turun ke bawa untuk bermain bolasepak dengan kawan-kawan ataupun mendengar music. Itulah yang sering saya lakukan di rumah.Saya rasa remaja-remaja yang tidak meluangkan masa melakukan aktviti-aktivit yang tidak mendatangkan faedah akan membuang masa mereka sahaja. Meraka boleh membuat kerja-kerja yang berfaedah seperti menolong idu dan bermacam-macam lagi.

    sekian terima kasih
    abdul matiin

    ReplyDelete
  21. Coin Casino | Best Casino Guide 2021 - CasinoWow
    A simple to understand and well executed site to navigate and navigate. Coin Casino is a well-designed online casino with a 코인카지노 먹튀 wide range of games

    ReplyDelete