Friday, July 10, 2009

Topik 4: Mentor saya...

Siapakah mentor kamu?
Mengapa kamu pilih orang itu menjadi mentor kamu?
Apakah ciri-ciri yang dapat kamu contohi daripada dia?
Perlukah seorang remaja punya mentor untuk dijadikan teladan dalam hidupnya?

:)

11 comments:

  1. Muhd Firdhouse 4e4..

    Pada diri saya,mentor saya adalah Uncle Choo.Beliau seorang jurulatih bolasepak Singapura pada zaman 70an begitu.Beliau telah banyak menyumbangi kepada negara kita dan membuat sejarah yang tidak akan dilupai rakyat Singapura,terutama sekali pada peminat atau penyokong bolasepak tanah air kita.Saya pilih beliau sebagai mentor saya kerana beliau mengkagumi saya denga kegigihan beliau dalam melatih pemain bolasepak Singapura yang terkenal seperti Dollah Kassim,Samad,Kim Song,Rjagopal dan banyak lagi.Beliau seorang yang berdisiplin.gigih,tidak mudah putus asa dan palling saya hormat tentang beliau ialah cinta beliau terhadap bolasepak.Beliau begitu mencintai bolasepak sehingga beliau sanggup menepikan kesihatan beliauBeliau menghidap penyakit kencing manis tetapi itu tidak menghentikan beliau daripada menolong Singapura memenangi Piala Malaysia yang sangat heboh pada waktu itu.Ciri-ciri seperti membuat sesuatu dengan sepenuh hati dan kegigihan,berdisiplin,jangan mudah putus asa dan bekerja keras dapat saya contohi daripadanya.Ya,seorang remaja harus mempunyai mentor untuk dijadikan teladan dalam hidupnya supaya beliau dapat mengikut jejak mentornya ataupun bersikap seperti mentornya agar ia dapat menolongya unuk masa depannya.Remaja juga akan menjadi seorang yang berguna dan bila beliau sudah mencapai kejayaan,generasi remaja yang baru pula akan menjadikan beliau sebagai mentor mereka pula..

    Sekian Terima Kasih..

    ReplyDelete
  2. Muhammad Hafis BIn Zainodin
    4e3

    Bagi saya,seorang mentor itu harus befikiran matang dan dapat memberi cadangan yang baik.Seorang mentor itu harus berfikiran panjang sebelum membuat satu keputusan atau nasihat bagi sesiapapun.Saya menganggap `Mr Chan'sebagai mentor saya.Dia mengajar saya mata pelajaran sains,walaupun ramai juga murid yang tidak suka akan kelakuannya ataupun caranya...bagi saya apa yang dia lakukan semua itu betul...ia walaupun dia suka berleter....bagi saya apa yang dikatakan oleh nya itu adalah satu nasihat yang baik...ia memang semua guru memeberikan satu nasihat yang baik.Saya dapati murid-murid kurang kisah diengan apa yang dikatakan olehnya...memang betul ada nasihatnya yang boleh memakan hati kita tetapi dia sebernya mahu kita sedar akan kelekuan kita....Dia pernah berbincang saya mengenai masa depan saya...pekerjaan yang boleh saya memperoleh dan sebagainya.Bagi saya seorang itu tidak semestinya menyumbang sesuatu untuk menjadi mentor,tetapi cara pemekirannya dan nasihatnya itu membuat seseorang itu boleh menjadi mentor.

    Bagi saya,sukar untuk mendapat seorang mentor seperi Mr Chan kerana dia selalu memberi nasihat walaupun adakalanya kasar.Kalau murid-murid fikirkan percakapannya balik..semua itu adalah nasihat-nasihat yang boleh kita gunakan dalam hidup kita..kita harus mendengar nasihat itu dengan pemikiran yang positif.Juga Mr Chan juga banyak membimbingi murid-murid yang bermasalah dan menolong mereka.Murid sering menganggap dia itu seorang guru yang tua...tetapi bagi saya,dia seperti Quran Buruk..kerana pada saya dia amat berguna.Saya menenggap Mr Chan sebagai mentor saya kerana dia banyak memberi perangsang yang baik dan nasihat yang kita boleh gunakan dalamkehidupan kita.Walaupun adakalanya percakapannya itu tidak betul dia hanya adalah seorang manusia biasa dan mnusia sering memebuat silap.

    ReplyDelete
  3. Sarah Shariff, 4E4

    Untuk diri saya, mentor saya adalah ibu saya. Saya yakin dan percaya ibu saya sentiasa akan memberi nasihat dan panduan yang baik untuk diri saya. Ibu saya telah banyak pengalaman dalam hidupnya mahupun pengalaman yang baik ataupun yang buruk. Ibu saya selalu memberi perangsang apabila saya merasa takut tidak mendapat cita-cita saya. Ibu akan menasihati agar saya terus rajin belajar dan serahkan nasib saya kepada tuhan. Ibu saya menasihati supaya berhati-hati memilih kawan kerana ibu pernah bergaul dengan ramai kawan yang berbagai ragam. Ciri-ciri yang saya dapat contohi daripada ibu saya adalah banyak. Contohnya, ibu tidak suka membuat sesuatu dengan tidak merancang lebih awal, ia seorang yang pembersih dan suka membaca untuk menimba ilmu. Itulah serba sedikit yang dapat saya contohi darinya.
    Bagi saya, seorang remaja perlu seorang mentor dalam hidupnya kerana seorang remaja belum banyak pengalaman dalam hidupnya. Kerana itulah mereka perlu ditonton oleh seorang yang lebih tua dari mereka. Pengalaman dari seorang mentor boleh membantu kami menjalani hidup dengan berhati-hati.

    ReplyDelete
  4. ALYSSA IBRAHIM 4E1

    Pada diri saya, mentor saya ialah ibu saya. Saya tahu keinginan ibu saya untuk kebaikan saya, dan saya yakin nasihat dia akan membantu saya pada masa di hadapan. Ibu saya menghadapi banyak peristiwa dalam kehidupannya, buruk dan baik. Saya percaya nasihat dia patut diikuti kerana dia masih kuat namun semua yang dia mesti ditahankan. Ibu saya memberi dorongan kepada saya untuk mencapai cita-cita saya tetapi juga faham kalau saya tidak boleh mencapai tujuan saya kerana dia tahu kesihatan saya lebih penting kepada pelajaran saya. Ibu saya seseorang yang boleh dipercayai dan tidak takut untuk mengambil diri tentang sesuatu. Ibu saya juga seseorang yang tidak kisah tentang perfikiran orang-orang lain terhadap dia dan dia tidak perlu kawan. Dia selalu menasihati saya, "Kualiti kawan kamu lebih penting kepada nombor kawan-kawan kamu," dan saya bersetuju dengan dia.
    Pada pendapat saya, remaja-remaja perlu mentor dalam kehidupan mereka untuk menasihati mereka tentang keputusan-keputusan yang penting dalam kehidupan mereka kerena mereka masih muda dan tiada banyak pengalaman dalam kehidupan mereka. Mentor mereka patut lebih tua dan kisah kepada kehidupan mereka untuk memastikan mereka akan menghindarkan dari banyak kesalahan dalam kehidupan mereka.

    ReplyDelete
  5. Bagi saya,mentor saya ialah ibu saya.Saya amat rapat dengan dia dan dari situ saya mula menganggapnya sebagai mentor saya kerana dia selalu mengajar saya apa itu kelakuan buruk dan kelakuan baik.Dia juga tidak pernah gagal menolong saya dan menasihati saya apabila saya mempunyai masalah seperti masalah di sekolah.
    Pada saya,ciri-ciri yang patut dimiliki seseorang mentor adalah dia patut mengpengaruhi seseorang dengan cara positif.Dia haruslah seorang yang bertanggungjawab dan tah apa yang dia sedang lakukan buat dirinya sendiri.
    Pada saya terutama sekali remaja harus mempunyai seorng mentor yang positif.Ini kerana dengan mempunyai seorang mentor,ia dapat membimbing mereka dalam kehidupan mereka.Dan mentor juga patut seseorang yang lebih tua daripad mereka kerana orng tua akan dapat memberikan banyak pengajaran dan nasihat yang berguna kerana mereka telah melalui apa yang sedang kita lalui tetapi jika mento kita it ssumur usia kita,pemikiran mereka mungkin tidak begitu matang dan ini akan menyebabkan mereka membawa kita ke arah yang salah.

    ReplyDelete
  6. Nur Syafiqah 4E3

    Mentor saya adalah ayah saya. ayah saya merupakan seorang yang bertanggungjawab, bersabar dan juga tidak pernah ada niat putus asa dalam hidup. oleh sebab inilah dia adalah mentor saya. dia sering memberi pendapat dan nasihat jikalau saya mempunyai masalah. dia sering bertanya tentang sekolah dan selalu ingatkan saya, akan pentingnya belajar. dia suka bertanya tentang rakan-rakan saya dan tidak pernah melarang saya untuk membawa pulang rakan saya supaya dia kenal rakan-rakan saya.

    pada pendapat saya,remaja patut mempunyai mentor untuk dijadikan teladan dalam hidup untuk berjaya. pada pendapat saya sebagai seorang remaja, saya harus mempunyai seseorang yang saya menjadikan contoh untuk berjaya. ayah saya adalah seorang yang patut saya contohi. dengan itu, saya ingin berjaya sepertinya dan menjaga keluarga saya dengan baik.

    ReplyDelete
  7. Nur Adilah

    Mentor saya adalah ibu saya. Saya memilih ibu saya sebagai mentor saya kerana dia banyak berkorban demi saya sekeluarga. Ibu saya seorang yang penyabar dan sentiasa mahukan yang terbaik buat saya sekeluarga. Setiap apa yang dia lakukan,kesabaran pasti ada pada dirinya walaupun dia menghadapi cubaan dan dugaan yang menghalang dirinya untuk mencapai sesuatu. Ciri-ciri yang saya contohi dari ibu agak banyak. Salah satu daripadanya ialah apabila saya inginkan dan perlukan sesuatu, dia akan sentiasa menasihati saya supaya berusaha,berdoa dan bersyukur dengan apa yang saya dapat.
    Dia juga seorang yang berkemampuan dan menaruh harapan tinggi pada terhadap saya dan adik-beradik saya untuk berjaya dalam pelajaran dan kehidupan.
    Pada saya,seorang remaja haruslah mempunyai mentor untuk dijadikan teladan dalam hidup kerana mereka boleh menimba ilmu dari mentor mereka yang banyak pengalaman. Dengan ini,remaja akan mempunyai keyakinan dalam diri mereka dan mengetahui ke mana arah kehidupan mereka di masa hadapan.

    ReplyDelete
  8. Khairun Nissa Jahari 4E1

    Bagi saya,seorang mentor ialah seorang yang disukai,dihormati dan disayangi ramai.Juga,seorang mentor itu dapat memberikan dorongan and motivasi kepada sesiapa pun. Dengan itu, bagi saya,mentor saya ialah ibu saya.

    Ibu saya adalah mentor saya kerana
    dia seorang yang sangat penyayang dan selalu memberikan saya nasihat-nasihat bukan sahaja kepada saya tetapi kepada setiap ahli keluaraga saya. Dan nasihat-nasihat yang telah ibu saya berikan telah diamalkan kepada kehidupan seharian saya dan keluarga saya. Walaupun dia mempunyai sedikit masalah bertutur dalam bahasa Inggeris,saya tetap masih hormatinya kerana setiap hari dia cuba bertutur dengan saya dan kadang-kala dia bertanya saya atau adik-beradik saya apakah makna perkataan-perkataan Inggeris yang dia tidak fahami.Pada usia yang agak tua, dia masih ingin belajar. Bukan itu sahaja,dia seorang yang berdisiplin dan kuat dalam agama dan setiap hari atau dua, dia selalu akan membaca surah-surah atau pun Al-Quran.Dia selalu berkata bahawa agama sangat penting kerana dengan agama,seseorang itu tentu dapat menuju ke arah yang sempurna. Juga,saya berasa bahawa tahap persabarannya sangat kuat kerana apatah sahaja perangai buruk yang saya menunjukkan kepadanya, dia tetap bersabar dan cuba menjelaskan dirinya dengan nada yang baik. Dan setiap kali saya dimarahi oleh ayah, dia selalu akan berada bersebelahan saya dan akan memujuk saya dan menejelaskan akan kesilapan saya. Memang kadang-kala dia memarahi saya tetapi ini adalah kerana dia sayang saya dan ingin yang terbaik untuk saya.
    Kerana ibu sayalah, saya ingin sekali maju dalam kehidupan saya kerana ini lah satu cara untuk saya membalas atas usahanya dalam mendirikan sebuah rumahtangga yang sempurna dan membimbing lima orang anak dengan baik.
    Bagi saya,dia bukan sahaja ibu saya,mentor saya tetapi dia seorang guru bagi saya.

    ReplyDelete
  9. Al-Azmir Bin Ibrahim
    4E2

    Bagi saya, mentor saya ialah ibu saya. Dia seorang yang baik dalam membahagikan masanya kepada keluarga dan kerjanya. Ibu saya telah selalu memberi saya banyak nasihat-nasihat yang tidak terkira selama panjang hidup saya. Dia selalu akan memberi saya semangat untuk terus belajar bertungkus lumus dengan kata-katanya yang sangat baik sekali. Kami akan berbincang tentang masa hadapan saya dan dia akan memberi tahu bahawa saya berpotensi untuk melakukan sesuatu benda. Juga, ibu saya akan memberitahu apa yang baik untuk saya. Ciri-ciri yang saya boleh contohi daripadanya ialah pandai dalam membahagikan masa. Saya rasa ini sangat penting bagi remaja seperti saya kerana dengan pandai membahagikan masa, dapatlah kerja-kerja diselesaikan dengan cepat. Dengan itu, aktiviti - aktiviti lain boleh dilalukan. Contoh yang lain ialah kua minda dan semangat. Ibu saya telah membuat kerja rumah yang banyak selama ini. Dialah yang telah membersihkan rumah ini walaupun betapa penat dia rasa selepas kerja. Saya ingin contohi sikap ini kerana ini dapat berfaedah masa hadapan saya.

    ReplyDelete
  10. Reena Binte Raman 4e3

    Mentor saya ialah seorang "character" bernama Garie dalam sebuah filem popular yang pernah ditayangkan beberapa tahun dahulu. Saya memilih "character" tersebut kerana ia merupakan seorang yang penyabar. Ia tidak pernah berasa dengki terhadap sesiapa dan seringkali menyimpan perasaannya. Walaupun menyimpan perasaan adalah sesuatu yang mungkin tidak baik, ia sebenarnya membuat seseorang itu lebih kuat. Seperti Garie, dia tidak pernah menyimpan perasaan benci ataupun dendam terhadap sesiapa. Malah, dia mula terima apa adanya seseorang itu. Ia juga tabah menjalani kehidupannya yang tidak begitu bahagia dan dia asyik bekerja keras. Dia redha atas kehendak Tuhan dan tidak mengadu apa yang didapatinya. Saya berharap bahawa ciri-cirinya seperti bersabar, berterima kasih dan tidak berputus asa, dapat saya contohi.

    Pada pendapat saya, seseorang itu perlu mempunyai mentor untuk dijadikan teladan dalam hidupnya kerana kami sering berputus asa, sedih ataupun gagal dalam kehidupan. Jadi, dengan adanya mentor, kami boleh mendapat inspirasi untuk menjadikan kehidupan kami lebih baik serta berguna. Namun jika seseorang itu berpendapat bahawa mentor itu tidaklah penting, tidak mengapa asalkan dia boleh mengubah keadaan yang tidak baik itu kepada yang lebih baik tanpa pertolongan sesiapa pun.

    ReplyDelete
  11. Siti Shafa'atikah Bte Azman 4e3

    Mentor saya ialah ibu kesayangan saya yang telah banyak berkorban. Ibu saya menjadi mentor bagi saya kerana dialah yang telah membesarkan saya dan juga telah membawa saya ke jalan yang benar. Tanpa ibu saya, saya tidak akan meletakkan kaki di bumi ini. Tanpa pendidikan ibu saya, mungkin saya akan terpesong ke alam yang lain. Dahulu, kehidupan kami susah. Tetapi dengan pengorbanan dan masa ibu saya, alhamdulillah, keadaan agak stabil. Dia yang membesarkan saya dengan rezeki yang halal. Walaupun dia bukan seorang yang mempunyai pendidikan yang tinggi seperti seorang doktor, dia tetap menjadi mentor kehidupan saya.

    Ciri-ciri yang dapat saya contohi daripada Ibu adalah tidak senang berputus asa dalam apa yang ibu lakukan. Dari kecil, saya lihat ibu dalam keadaan susah untuk menjaga keempat-empat puterinya. Tidak pernah sekalipun dia berputus asa. Dia terus bekerja keras untuk mencapai apa yang diinginkan dan akan terus bekerja untuk mendapatkannya.

    Keduanya, salah satu ciri yang patut saya contohi adalah, ibu seseorang yang berdikari. Dia tidak pernah menyusahkan sesiapa pun. Dia selalu berdiri sendirian. Dia tidak perlu bertanggung dengan sesiapa. Jikalau dia berada di dalam keadaan yang susah, ibu tidak pernah pun mengeluarkan sepatah perkataan. Tidak pernah ibu menyusahkan emaknya, iaitu nenek saya. Jikalau dia susah tidak ada keputusan yang lain, barulah dia akan ke nenek sata,

    Ia, remaja perlu seseorang mentor untuk dijadikan teladan dalam hidup. Remaja perlukan seorang mentor kerana sekaranglah masa yang sangat sengit dalam kehidupan remaja. Mereka dalam keadaan untuk belajar tentang kehidupan. Jikalau mereka tidak mempunyai mentor, mereka mudah terpesong dan mula membuat perbuataan yang tidak senonoh. Dengan adanya seorang mentor, remaja dapat belajar kesilapan yang telah dilakukan oleh mentor itu dan remaja tahu bahawa mereka tidak akan mengulang perbuatan itu dalam masa hadapan.

    ReplyDelete