Friday, July 3, 2009

Topik 3 : Bekerja sambil belajar

Sila berikan pendapat kamu berdasarkan soalan-soalan berikut.

Pernahkah kamu bekerja sambilan atau mengenali seseorang yang bekerja sambilan?
Mengapakah pelaajr-pelajar bekerja sambilan?
Berikan pendapat kamu mengenai kebaikan dan keburukan pelajar bekerja sambilan.

16 comments:

  1. Nur Syafiqah 4E3

    Saya tidak pernah bekerja sambil belajar ataupun bekerja ketika cuti sekolah. ibubapa saya tidak akan membenarkan saya bekerja kerana mereka takut jikalau saya akan dipengaruhi oleh rakan-rakan untuk terus bekerja dan berhenti sekolah. ibu dan bapa saya selalu mengatakan jikalau saya tidak mempunyai wang, tidak usahlah bekerja, minta sahaja dari mereka. ibu dan bapa saya memang mempunyai harapan yang tinggi dan selalu inginkan saya belajar sehingga cemerlang. mereka tidak ingin saya berhenti sekolah gara-gara bekerja.
    saya mempunyai abang yang bekerja tetapi hanya setelah dia selesai peperiksaan O. apabila dia kembali untuk sekolah, dia tidak lagi bekerja.
    pada pendapat saya, ada di antara pelajar yang bekerja kerana mereka ingin meringankan beban ibu bapa mereka. ada pula yang hanya bekerja kerana mereka ingin lebih wang untuk berbelanja. kadangkala mereka mendapat rezeki bukan untuk berbelanja untuk barang yang diperlukan tetapi barang yang mereka inginkan. jikalau mereka bekerja sambil belajar untuk membeli barang yang mereka inginkan, mereka tidak patut bekerja kerana bekerja boleh memenatkan si pelajar dan jikalau mereka berasa begitu penat setelah bekerja, tentu mereka tidak akan begitu fokus dengan pelajaran mereka. jikalau si pelajar ingin bekerja untuk membeli sesuatu yang mereka inginkan, lebih baik mereka berhenti bekerja kerana sesuatu yang mereka inginkan itu, tidak penting seperti sesuatu yang mereka perlukan.
    saya berpendapat bahawa walaupun si pelajar boleh mendapat wang yang lebih apabila bekerja, si pelajar boleh berasa penat dan akan hilang fokus pada belajar. tidak ramai pelajar yang boleh mengimbangkan masa mereka dengan bekerja sambil belajar. jikalau si pelajar bekerja, mereka akan mempunyai lebih pengalaman yang akan membantu mereka mendapat pekerjaan dengan mudah. walau bagaimanapun, pelajaran pelajar akan merosot kerana mereka terlalu letih untuk belajar dengan bersungguh-sungguh.
    sekian terima kasih. :D

    ReplyDelete
  2. Alyssa Ibrahim 4E1

    Saya tidak pernah bekerja sambil belajar kerana kerja sekolah amat penting dan memerlukan semua fokus untuk menghabiskan kerja itu dengan baik. Bekerja sambilan dilakukan untuk melebihkan masa dan ini tujuan pertama dengan melakukan tabiat ini. Memang benar kami akan dapat lebih masa untuk menyelesaikan semua tugasan-tugasan lain yang juga mesti dilakukan, tetapi kualiti kerja sekolah akan ditawarkan sebab tabiat ini. Penghabisan kerja sekolah kami dengan baik-baik ialah tanggungjawab semua para pelajar dan kami tidak akan mencapai itu kalau kami bekerja sambilan. Tetapi, sekali-sekala, bekerja sambilan mesti dilakukan dan tidak boleh dihindarkan kerana kami pasti tiada masa. Kami boleh juga melebihkan masa kami dengan bekerja keras dan berfokus sangat supaya kerja sekolah itu boleh dihabiskan dalam masa yang tidak lama dan kerja itu akan berkualiti tinggi juga. Kami patut mengorbankan masa untuk memastikan kualiti itu.

    ReplyDelete
  3. Saya tidak pernah bekerja sambilan ataupun kerja semasa cuti sekolah. saya tidak mahu bekerja sambilan kerana saya selalu malas untuk membuat kerja yang berlebiham. Bagi saya cuti sekolah adalah masa saya untuk berehat dan bersantai dengan keluarga.Jika hari-hari lain, ayah,kakak and saya selalunya sibuk dengan kerja, kerja sekolah dan activiti-aktiviti luar sekolah. Saya juga takut tanggungjawab saya sebagai pelajar akan terjejas. Pelajaran saya akan merosot.

    Pada pendapat saya,pelajar-pelajar bekerja sambilan untuk menimba pengalaman yang baharu dan mendapat wang yang lebih untuk sekolah. Bagi saya setiap pelajar-pelajar ada pendapat yang berlayinan.

    Saya mempunyai seorang kakak yang bekerja sambilan. Dia memberi tahu saya bahawa bekerja samilan mempunyai banyak cabaran,karana boss dan masa rehat yang berkurangan. Dia selalu nampak penat longlai apabila sampai di rumah. Dia akan terus tidur seperti ditembak dengan senapang gagah.

    Kelebihan pelajar bekerja sambilan untuk mendapat pengalaman yang baharu. Untuk menimba pengalamam yang baharu bukan mudah. Masa harus dikorban untuk mendapatnya. Keburukannya pula apabila mendapat wang yang lebih selalu akan lupe sesuatu.

    abdul matiin

    ReplyDelete
  4. Syabas bagi mereka yang telah memberikan pendapa mereka bagi topik yag terkini. Cikgu setuju dengan pendapat Syafiqah dan Matiin. Bekerja sambilan atau pada cuti sekolah akan mempengaruhi pelajar mengambil ringan pelajaran mereka dan mengurangkan masa untuk mengulangkaji pelajaran.

    Teruskan usaha! Cikgu juga harap para pelajar dapat menyemak apa yang ditaip kerana cikgu perhatikan terdapat banyak kesilapan ejaan.

    ReplyDelete
  5. Sebagai seorang pelajar dari luar negara, saya tida dibenarkan untuk bekerja sambilan. Namun, pendapatan saya, mereka yang bekerja sambilan, sebagai apa pun itu, mempunyai alasan tersendiri. Misalnya, mereka ingin meringankan beban orangtua dengan mencari uang saku sendiri. Kedua, mereka ingin membiasakan diri menjadi seorang yang berdikari. Dengan bekerja sambilan sendiri, mereka boleh merasakan dampak positif dan negatif dari bekerja sambilan. Dampak positif, mereka tidak lagi bergantung kepada orangtua untuk berbelanja keperluan sehari-hari. Dampak negatif, susahnya kehiduapn para pekerja. Menurut saya, mereka yang bekerja mungkin akan terganggu masa belajarnya. Namun, apabila mereka boleh mengimbangi masa mereka belajar dan bekerja, mereka boleh menjadi teladan bagi kita dan belajar banyak.

    Angelina Kosasih 4E2

    ReplyDelete
  6. Saya tidak pernah bekerja sambilan ataupun bekerja ketika cuti sekolah.Ini kerana saya rasa yang pelajaran lebih penting pada waktu remaja saya ini. Ibu bapa berdua saya juga bekerja dan saya rasa saya tidak perlu menolong mereka mendapat wang untuk kebelanjaan keluarga. Saya pentingkan pelajaran saya kerana ibu bapa saya sudah mengorbankan masa mereka untuk mendapat wang untuk pelajaran saya dan sebagai anak mereka, saya harus beljar dengan bersungguh-sungguh dan mendapati markah yang cemerlang untuk menggembirakan mereka.

    Saya rasa pelajar harus bekerja sambilan jika keluarganya miskin dan pelajar itu harus mendapati wang lebih untuk pembelanjaan keluarga atau untuk sendirinya jikalau keluarganya tidak mampu memberikan pelajar itu wang sekolah atau sebagainya. Saya juga ada pelajar yang bekerja sambilan untuk mengurangkan beban orang tua mereka itu.

    Kebaikan pelajar bekerja sambilan ialah pelajar itu boleh membiasakan diri dengan sikap berdikari dan pelajar itu juka boleh mendapat wang pembelanjaan yang lebih sambil mengurangkan beban ibu bapa mereka.
    Keburukannya ialah pelajar itu tidak akan memberikan sepenuh tumpuan kepada pelajaran dan ini boleh menjejas pelajaran mereka. Contohnya ialah jika seorang pelajar itu bekerja, dia tentu akan berasa penat dan tidak akan belajar. Ini bermakna mereka tidak dapat mengulangkaji pelajaran merka dan sudah tentu pelajaran mereka akan terjejas.

    Dengan itu, saya rasa pelajar itu tidak harus bekerja kerana jika dia mahu duit pembelanjaan lebih, mintalah daripada orang tuanya. Tumpukanlah perhatian kepada pelajaran kerana jika kita mendapat keputusan-keputusan cemerlang di sekolah, masa depan kita akan cerah dan senang. Sekian, Terima kasih :P

    ReplyDelete
  7. PEMBETULAN Perenggan kedua:

    * Saya rasa pelajar itu harus bekerja sambilan jika keluarganya miskin dan pelajar itu harus mendapati wang lebih untuk pembelanjaan keluarganya ataupun untuk pembelanjaan sendirinya. Saya juga rasa yang ada pelajar yang bekerja sambilan untuk mengurangkan beban orang tua mereka itu.

    ReplyDelete
  8. Nur Adilah

    Pada pendapat saya,bekerja sambil belajar memang tidak digalakkan kerana sesetengah pelajar tidak tahu membahagikan masa mereka antara pelajaran dan pekerjaan. Walaupun saya tidak pernah bekerja sambil belajar tetapi saya pernah mendengar pengalaman dari kawan-kawan saya bahawa ia bukan mudah dan memenatkan.
    Ibubapa saya melarang saya bekerja sambil belajar kerana mereka tahu bahawa saya tidak pandai membahagikan masa. Apabila konsentrasi saya dalam pelajaran terganggu,saya tidak dapat fokus dan ketinggalan pelajaran. Ini akan menyebabkan saya gagal dalam peperiksaan dan markah saya juga akan merosot.
    Pada saya,ibu saya memainkan peranan yang penting dari segi kewangan untuk keluarga saya kerana dia pandai membahagikan wang pengangkutan,jajan dan keperluan seharian untuk kita sekeluarga.Dengan ini,saya tidak perlu risau tentang wang seharian saya dan juga bekerja sambil belajar segalanya telah diuruskan. Ibubapa saya hanya mahukan saya belajar sungguh-sungguh dan melihat saya berjaya hingga ke menara gading.
    Saya berpendapat bahawa jikalau seseorang pelajar itu ingin atau terpaksa bekerja kerana perlu menanggung keperluan keluarga,dia seharusnya tahu membahagikan masa antara bekerja dan belajar,jika tidak mereka akan ketinggalan pelajaran,gagal dalam peperiksaan dan kemungkinan mereka terpaksa "retain". :)

    ReplyDelete
  9. Reena Binte Raman 4E3

    Saya tidak pernah bekerja sambilan tetapi saya mempunyai teman yang bekerja sambilan. Seperti pelajar-pelajar yang lain, teman saya bekerja sambilan kerana dia ingin menolong ibu bapanya yang sedang mengalami kesempitan wang. Dia juga tidak ingin menyusahkan ibu bapanya jadi pendapatannya itu digunakan untuk pembelanjaannya sendiri.

    Bekerja sambilan itu mempunyai kebaikan serta keburukan. Kebaikan bekerja sambilan ialah, pelajar boleh menambah pengalaman supaya di hari kelak, mereka boleh mendapat kerja dengan lebih senang.

    Namun bekerja sambilan itu bukanlah sungguh baik terutama sekali bagi pelajar-pelajar kerana pertama sekali, pelajar akan berasa penat. Sebabnya ialah, pelajar itu harus membahagikan masa untuk waktu pelajaran dan kerja. Tatkala, pelajar akan berhenti sekolah kerana terlalu asyik ingin bekerja. Itulah masalah yang paling serius sekali. Jadi bagi pelajar yang ingin bekerja sambilan, dia harus mengawal dirinya supaya tidak asyik meluangkan masa bekerja tetapi mengadakan masa untuk belajar juga.

    ReplyDelete
  10. Nur Farsihah 4E4

    Saya tidak pernah bekerja sambil belajar ataupun bekerja semasa cuti sekolah.Bukan sahaja ibubapa saya yang melarang, tetapi saya juga rasa bahawa saya masih belum bersedia untuk menghadapi cabaran daripada alam pekerjaan. Pada pendapat saya, alam pekerjaan itu sangat berbeza dibandingkan dengan alam persekolahan. Jika saya bekerja sambilan, saya akan menhadapi kesukaran untuk menyelesakan diri saya dengan keadaan sekeliling. Memang memuaskan jika mendapat wang yang banyak, tetapi, seseorang pelajar itu tidak harus mementingkan wang kerana ia akan menjejas pelajaran mereka. Saya juga berpendapat bahawa sebagai seorang pelajar, kita juga mempunyai tanggungjawab kita sendiri untuk belajar dengan rajin dan tekun selalu. Seseorang pelajar juga mempunyai cita-cita kita sendiri untuk belajar sehingga cermelang. Jika seseorang pelajar itu terpaksa bekerja sambil belajar, pelajarannya di sekolah pasti akan terjejas kerana beliau tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk mengahabiskan kerja sekolah dan tidak mempunyai masa rehat yang mencukupi. Terdapat banyak cara-cara lain daripada terpaksa bekerja sambil belajar. Jika seseorang pelajar itu mempunyai masalah kewangan, beliau boleh meminta bantuan daripada pihak sekolah dan saya pasti apabila dibantu, keluarga pelajar tersebut akan mampu untuk membayar pembiayaan sekolah tanpa menyuruh pelajar tersebut untuk bekerja.

    ReplyDelete
  11. Al-Azmir Bin Ibrahim
    4E2

    Saya tidak pernah bekerja sambilan kerana saya tidak perlukan wang belanja yang lebih. Ini kerana, apa yang diberi ibu saya sudah mencukupi.
    Saya juga rasa bahawa bekerja sambilan boleh menjejas pelajaran masing-masing. Apabila mereka yang bekerja sambilan itu memenuhi masa mereka dengan bekerja sahaja, mereka akan hilang minat dan tumpuan terhadap pelajaran dan ini akan menyebabkan pelajaran mereka untuk merosot. Juga, pada usia kami, kami tidak perlu bekerja sambilan kerana pada masa hadapan, kami juga akan mendapat rasa bagaimana kehidupan seorang pekerja.

    Pada pendapat saya, pelajar-pelajar bekerja sambilan untuk mendapat wang belanja yang lebih untuk membelanjakan barang-barang yang mereka ingini seperti beg atau kasut. Kadangkala, mereka bekerja sambilan untuk mendapat wang pendapatan yang lebih bagi membantu keluarga mereka yang mungkin dalam masalah kewangan dan sebagainya. Bekerja sambilan mempunyai kebaikannya juga kerana seseorang itu dapat mendapat ilmu dan pengalaman terhadap pekerjaan itu dan ini boleh membantu mereka dalam kehidupan seharian atau pada masa hadapan. Juga, mereka dapat membuat kawan-kawan yang baru dan ini akan mengembangkan perhubungan antara satu sama lain.

    ReplyDelete
  12. Muhd.Hafis Bin Zainodin
    4e3
    Sebelum saya mula ,saya harap saya tidak menyinggung perasaan pembaca komen ini dan lain anggap ini sebagai satu perangsang atau nasihat.

    Saya juga tidak pernah bekerja sambil belajar kerana ia akan menjejas pelajaran saya,lagupun ibubapa saya pasti tidak akan membenarkan saya kerja kerana mereka mahu saya fokus dalam mata pelajaran saya kerana ia menjamin masa depan saya yang cerah.Saya mendapati banyak murid yang bekerja sambil belajar tetapi tidak ada satu antara mereka yang berjaya mendapat markah yang cemerlang,tidak muskil ada diantara mereka yang berjaya tetapi cuma 1 peratus dari murid-murid yang bekerja.
    Ada murid yang sungguh yakin bahawa bekerja sambilan akan menjejas pelajaran mereka tetapi akhirnya mereka tumpas.Saya tahu ada murid sperti kawan saya,yang terpaksa bekerja kerana ibunya sakit dan bapanya sudak meninggal...saya lihat dia selalu penat apabila di sekolah...tetapi dia tidak ada pelihan lain dia harus bekerja walaupun sekolah monolongnya.
    Tetapi kebanyakkan murid yang bekerja semata-mata untuk mendapat duit untuk membeli barang yang mereka ingini,mereka mengikut nafsu mereka dan tidak berfikiran panjang...Sebagai contoh,satu daripada kawan saya bekerja sambil bersekolah...kadang-kadang dia tidak hadir sekolah kerana bekerja...keluraganya tidak begitu susah...bila ditanya dia diam...ini semua mengikut nafsu....mereka bekerja keran ingin membeli barang-barang yang berjenama...dan mahu mengikut fesyen....saya tahu itu tidak salah tetapi ada masa yang baik untuk bekerja seperti bila cuti sekolah selepas peperiksaan peringkat O dan akhir tahun.
    Saya berharap semua murid sedar bahawa masa itu emas dan harap mereka berhenti kerja semata-semata hendak mendapat modal yang lebih dan boleh befoya-foya dengan duit itu...

    ReplyDelete
  13. Sarah Shariff, 4E4

    Saya tidak pernah bekerja sambilan ataupun semasa cuti sekolah. Walaupun kira-kiranya saya mahu bekerja sambilan, ibubapa saya pasti akan melarang saya dari bekerja kerana mereka hendak saya menumpukan sepenuh masa saya belajar and mereka rasa saya tidak akan ada cukup masa untuk belajar dan berehat. Mereka tidak mahu saya mengambil ringan tentang pelajaran, lebih-lebih lagi, tahun ini saya akan menduduki peperiksaan peringkat 'O'. Kalau saya bekerja sambilan, mungkin saya akan terpengaruh untuk terus bekerja dan tidak mahu bersekolah.
    Saya ada seorang sepupu yang bekerja sambilan di restoran KFC. Walaupun sepupu saya akan menduduki peperiksaan peringkat 'N' tahun ini, beliau terpaksa bekerja kerana untuk membantu pembelanjaan persekolahannya. Ibunya seorang ibu tunggal and tidak mampu menanggung pembelanjaan sekolah sepupu saya dengan sepenuhnya. Setiap kali saya berjumpa dengannya, beliau akan mengadu kepayahannya untuk bekerja sambil bersekolah. Sudah beberapa kali beliau terpaksa tidak hadir sekolah kerana waktu kerjanya bercanggah dengan waktu sekolahnya. Saya juga mempunyai seorang teman yang dalam tingkatan menengah tiga. Teman tersebut sedang bekerja sambilan di sebuah restoran, seperti sepupu saya. Tetapi beliau pandai membahagikan masanya untuk bekerja dan belajar.
    Dan bukan itu sahaja, teman saya dalam kelas yang paling matang dalam pelajaran and beliau selalu mencapai markah yang tinggi dalam kelasnya.

    Pada pendapat saya, bekerja sambil belajar ada kebaikan dan keburukannya. Kalau kami bekerja, kami akan lebih matang fikiran dan realistik dalam tindak-tanduk kami. Kami juga akan lebih faham tentang hidup yang sebenarnya. Perkara negatif pula, kami mungkin akan lalai dalam pelajaran dan hanya mementingkan kerjaan kami sahaja. Tetapi keadaan tersebut sebenarnya bergantung kepada pendirian masing-masing. Ada yang dapat memelihara diri mereka dari perkara-perkara negatif akibat berkerja sambilan sambil belajar dan sebaliknya.

    Bagi saya, seorang pelajar harus tumpukan sepenuh masanya dalam pelajarannya. Sekiranya pelajar tersebut perlu bantuan dalam segi kewangan, mereka boleh merujuk kepada kerajaan untuk mendapatkan bantuan seperti subsidi buku-buku, tambang ke sekolah dan yuran sekolah.

    Sekian, terima kasih. :D

    ReplyDelete
  14. Siti Shafa'atikah Azman 4e3

    Memang bekerja sambil belajar itu memakan masa seseorang pelajar dan memenat minda dan fikiran pelajar itu. Tentu sekali ramai pelajar berpendapat bahawa jikalau pelajar itu bekerja, dia akan rasa letih dan tidak akan fokus terhadap pelajarannya. Bukan itu sahaja, sesetengah pelajar juga berpendapat bahawa jikalau sesorang pelajar itu bekerja, tentu sekalinya dia akan berhenti sekolah. Saya juga sokong dengan pendapat-pendapat pelajar-pelajar tersebut.

    Saya seorang pelajar yang bekerja sambil belajar. Memang betul bahawa perasaan bekerja sambil belajar itu sangat letih. Saya bekerja bukan kerana wang. Tentu ramai orang di luar sana berpendapat bahawa saya sedang mengejarkan wang. Ibu bapa saya tentu tidak setuju dengan keputusan saya pada kali pertamanya. Saya yang membuat keputusan ini dan saya tahu bahawa saya tidak akan menghampakan harapan ibu saya. Ini semua tergantung kepada diri sendiri, jikalau pelajar itu ingin bekerja, tentu sekalinya dia harus yakin bahawa dia akan boleh berbagi masa antara kerja dan pelajaran.

    Saya baru mula bekerja. Saya menjadi lagi disiplin. Saya tahu bila ingin belajar dan bekerja. Tidak seperti dahulu, apabila saya tidak bekerja, saya selalu menghabiskan masa dengan bermain komputer, menonton televisyen dan juga keluar bersama teman-teman.Kini saya tahu akan tanggungjawab saya sebagai seorang pelajar dan pekerja.

    ReplyDelete
  15. Nur Raudhah 4e1

    Saya tidak pernah bekerja sambilan kerana ibubapa saya dan diri saya juga berasa bahawa ia lebih berfaedah buat saya untuk menumpukan perhatian saya kepada kerja dan aktivti-aktiviti sekolah sahaja buat masa ini kerana saya akan menduduki peperiksaan peringkat 'O'pada akhir tahun ini.Lebih-lebih lagi bekerja sambilan akan mengambil banyak waktu saya dan akan membuat saya hilang fokus terhadap pelajaran saya lama-kelamaan jadi itu saya akan hanya bekerja sambilan apabila selesai menduduki peperiksaan saya nanti.Tetapi kakak saya pernah bekerja sambilan untuk menimba pengetahuan tentang dunia pekerjaan dan juga untuk mengisi masa lapangnya.Dengan memerhatikan kakak saya,saya rasa apabia seseorang itu bekerja sambilan dia harus pandai menimbangi masa supaya tidak mengendalaikan kerja sekolah mereka apabila asyik bekerja.Saya rasa kakak saya pandai menimbangi masa kerana dia tahu bila masa bekerja dan bila masa untuk belajar.
    Pada pendapat saya,sesetengah pelajar yang bekerja sambilan ialah kerana mereka datang dari keluarga yang kurang berkemampuan,jadi itu untuk mendapatkan lebih duit sekolah untuk meringankan beban ibubapa mereka,mereka keluar bekerja.Buat saya, ini tidak bermakna mereka akan gagal dalam pelajaran kerana jika mereka pandai menimbang masa,bekerja dapat diterima dengan positif .Tetapi ada juga pelajar yang bekerja sambilan untuk menimba pengaelaman tentang dnai pekerjaan supaya mereka akan lebih mengenali tentang cara bekerja sebelum mereka menjejak dunia bekerja nanti.Dan ini adalah satu aktiviti jyang positif jika mereka pandai menimbangi masa.

    ReplyDelete
  16. Saya seorang pelajar tingkatan 4 dan mempunyai kerja sambilan. Pada mulanya ibubapa saya tidak mengizinkan saya bekerja kerana takut akan keselamatan saya dan risau sekiranya saya hilang minat belajar. Tetapi saya tetap berkeras untuk berkerja. Saya mula bekerja ketika akhir tahun tingkatan 3 di sebuah hotel sebagai staff banquet. Kemudian saya bertukar kepada kerja yg lebih lumaian. Saya kerja di sebuah kedai makan. Lama kelamaan ibubapa saya semakin mempercayai saya bahawa saya mampu menjadi diri dan mengizinkan saya berkerja selagi saya mampu menguruskan masa dgn baik.

    Pada pendapat saya, bekerja banyak membantu saya utk menjadi lebih berani, beridikari, bertanggungjawab dan berkeyakinan untuk berinteraksi dgn orang lain. Saya mempelajari banyak perkara baru ketika bekerja.

    Sebenarnya, tujuan saya bekerja hanya untuk mengisi masa lapang ketika cuti yg panjang dan untuk mendapatkan wang poket sendiri untuk mencapai kemahuan saya. Sejak kecik saya diajar untuk berdikari dan berusaha sendiri jika mahukan sesuatu. Saya tidak suka untuk meminta wang dari ibubapa untuk perkara yang tidak berfaedah. Pada awalnya saya hanya mahu bekerja ketika cuti yg panjang. Tetapi majikan saya ketika itu menawarkan untuk bekerja pada setiap hari sabtu apa bila sekolah dibuka.

    Saya berpendapat bahawa bekerja sambilan mendatangkan bebaikan jika si pelajar pandai mengurus masa.

    ReplyDelete